farrahalim f a r r a h a l i m: 2012

Friday 14 December 2012

I got new domain! yeahhhhh



Setelah jari dan mata ku ligat menggodek-godek segala prosedur dan arahan yg perlu diikut, akhirnya blog kesayangan ku telah bertukar ke domain baru!
Yeahhhhhhh berjaya jugak akhirnya! :DD

http://sayangfarin.blogspot.com ------------> http://www.sayangfarin.my

Korang tgok laa domain kat atas tuu. Tgok la tgok laa! :P hikhik
Sangat-sangat berterima kasih kepada sis Nurmujahidah dan sis Innanie Ariffin
sebab bagi peluang kepada para blogger untuk menjadikan blog lebih profesional.
^_^

Haaa kepada korang-korang yang ada blog dan nak bertukar ke domain baru, jom lah joinnn.!
cepat woi cepat! 
Kepada korang yang mahukan nya, korang akan dapat banyak keistimewaan bila dapat domain baru ni.
Antara keistimewaan nya ialah :


1) Satu domain blog [dot my] PERCUMA selama setahun bernilai 
RM 200.00

2) Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal' 
yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price)

3) Rating blog yang mencanak-canak naik 



Sooo, cepat cepat KLIK SINI. Then KLIK SINI pula.
Good Luck uolls!
TQ jugak kpd mykezen sbb dia yg inform ade GA nih ;D


k wassalam
^_^

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Tuesday 11 December 2012

GIVEAWAY 'FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS' :D

Nurmujahidah
Korangggg! Nak domain free takkk? Free ni.. Tak kene bayar punn :D Kalau nak meh joinn!
Nak join punn ada syarat2 nya tau. Nak tau syarat nya, klik je colourfull header yg cantik kat atas tu =)
k wassalam
^_^



THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Monday 10 December 2012

Segala Puji Bagi-Mu Yaa Allah

Alhamdulillah yaa Allah Alhamdulillah.
Tidak ku henti mengucapkan syukur kepada Mu.
Akhirnya, segala debaran yang kian bersarang di hati sebelum tibanya hari ini berakhir dengan baik. Hehe :)
Hari ini tanggal 10/12/12 (Isnin), Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi JUN 2012 di setiap politeknik Malaysia akan dikeluarkan.
Dan aku pula, tiba pukul 6.45 pagi terus bangun tidur, pergi bilik air ambil wuduk, tunaikan solat, berdoa dan tawakal. Kemudian, tanganku terus mencapai lappy dan bukak dengan rakus! Woi! Gila kau Farah! Hahaha :P
Padahal tangan tengah terketor-ketor dan otak aku pulak tgh berserabut. Haihh -.-
Tapiiiiii...... Alhamdulillah semua subjek lulus semua~~
Kini, aku dah tak perlu takut lagi.
Aku dah tak payah lagi terfikir nak repeat paper.
Aku dah tak payah fikir cam mane nak susun jadual nanti.
Dannnn skrg aku kene tetapkan matlamat aku untuk terus sukses di sem akhir nanti.
Yaa Allah, moga Engkau permudahkan segalanya.
Aminnnn~


bolehhhh senyum + sengeh dahh :) hihi


wassalam
^_^

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Wednesday 5 December 2012

#Wordless Thursday Night!





Cuti-cuti macam ni bagi aku selain tolong mak aku pagi-pagi, 'membaca novel' adalah aktiviti yang paling berfaedah dan tidak mengeluarkan satu sen pon!
*Uwaaa! duit aku dah habis awal2 daa sebab puas tengok wayang n kuar jejalan minggu lepasss. hmm -.- dah dah! dok rumah diam2 je k!



k wassalam
^_^




THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Saturday 1 December 2012

Giveaway For Followers




Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah =)
Masih diberi lagi kesempatan untuk join GA nihh. hehheee
Tadi GA lain, ni GA lain pulak. hehee, 
Takpee, kita mencuba kan. Mana tahu ada rezeki dpt hadiah dr sponsor2 ni. 
Sape2 yg mau join klik je BANNER kat atas tu k :)
HiHiHi
Aminn~


Wassalam
^_^V

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

End Year Giveaway by FD

*maklumat lanjut sila klik banner diatas


Alhamdulillah :)
Masih diberi kesempatan lagi untuk men'join'kan diri ni ke segmen GA yg dianjurkan para blogger lagi2 masa tengah cuti ni kann.. Free time woo. Masa pun banyak lepak kat rumah. So, keje aku ngadap FB, Twitter & Blog yg terchenta ini! hahahaa :D
Sooo, ini lah masa nya nak join GA nihhh. Yeahhhh!
Thanks pd sponsor2 sekalian. Moga mereka sentiasa dimurah kan rezeki.
*mintak2 dapat laa hadiah kan* hikhikk.. Aminnn~


Okayy. Kat bawah ni senarai semua hadiah dlm GA nihh =)

Long necklace (1 pemenang )
Novel (1 pemenang)
Simple header (1 pemenang)
Hadiah misteri (1 pemenang)
Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal (1 pemenang)
Topup 5 (1 pemenang)
Bloglist selama sebulan (1 pemenang)
Header transparent (1 pemenang)
Cursor nama (1 pemenang)
Pashmina (1 pemenang)
Satin shawl (1 pemenang)
Cursor nama (2 pemenang)
CD filem (2 pemenang)
Hadiah misteri (2 pemenang)
Keychain Angry Bird (3 pemenang)
Set pen (4 pemenang)
Bloglist selama sebulan (5 pemenang)
Souvenir dari Russia (10 pemenang)
Acik Ieymah - Topup RM10 (3 pemenang)
Fazera - Topup RM5 (3 pemenang)
Fazera - Review blog (3 pemenang)


Taraaaaaa!. Banyak kan?? huhu. Yg kat bawah ni pulak list hadiah yg aku nak. ehhehee =)

1) Long necklace
2) Cursor Nama
3) Hadiah Misteri
4) Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal
5) Header Tranparent
6) Acik Ieymah - Topup RM10 (3 pemenang)

 
Cepatcepat! GA ni tamat pd  25 Disember 2012 | 11.59 p.m.
Soooo, korang2 join la yeee =)


Tag
http://cheritadarimulutfi.blogspot.com/
http://www.eymasushoppe.blogspot.com/


Wassalam 
^_^




THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Wednesday 28 November 2012

ADAM



Ya Allah, kau kurniakan lah aku seorang sahabat, kekasih dan suami yang soleh.
Yang bisa mengimamkan di dalam setiap solatku,
Yang bisa memimpin aku disaat aku jatuh,
Dan juga bisa menerima setiap kelemahan di dalam diri walau sekcil zarah pun

Ya Allah, aku mengimpikan seorang lelaki semulia adam
tetapi, aku tidaklah semulia hawa

Ya Allah, kau jadikanlah aku diantara wanita solehah
Juga semula Hawa
agar aku dapat mengecapi kebahagiaan bersama adam yang tercinta

Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang lemah.
sentiasa mengharapkan belas ihsan darimu, wahai sang pencipta.

Dan, seandainya aku dikurniakan dengan orang yang salah,
aku redha.

Aku tahu, itulah yang sudah tertulis pada takdir hidupku.
Amin




Wassalam
^_^

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Friday 23 November 2012

takde idea nak bg tajuk lah :P



Weeee! akhirnya! final exam already over! yeaahhh!
hahaha suke beno. mesti lahh. pale naik pecah dahh keje nak manghafal je. 
madah teori je sume kann. huhuhu.
ok ok.
So, ape plan? pas ni kita holiday kan? alaa 3 weeks je pun cuti. tak puass! hmm.
naik je cuti mula laa melangkah kan kaki ni masuk semester 6.
whoaaa! senior kott. terasa bangga pulak diri ni. kihkih.
tp aku tgok skrg ni senior ke tak senior mcm sama je..
yg junior pon aku tgok mcm senior. muka ala makcik makcik gituuu! terasa aku pulak yg junior! uyoooo. hikhik :P
OII! ape lah kau. Ish kutok org kemain agi. hahahaha
gurau jumaat laa. tamo marah2 sape yg terasa k. Maaf ampun sorry k. Hihihi
K lah. mata tetiba ngantuk. Nak topap tido jap laa. banyak dah tertinggal. lagi pun ini malam mau pegi dating! HiHiHiHi
^_^

k wassalam.



THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Wednesday 14 November 2012

The Day is coming!

Okay. Hari ni balik Melaka. This is the time to very very focus! okay? huh. 
Final Fara final. This Saturday is the day. Are you enough ready ha?
Hmm. I will. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. 
Aminn~~

Wish me luck guys.

Wassalam
^_^

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Tuesday 13 November 2012

review ISTANBUL AKU DATANG!

Sape yg dah tgok citer kat atas ni?
ISTANBUL AKU DATANG!
walahhh. best wehhhh!
seriuss. taktipu. WORTH watching babe! 
Dah tgok dah semalam kat BIG CINEMA BP Mall. Hahahakk!
Over all memang best. Not bad but MORE sweet. Awwww~ Romantik komedi kann? hihi. Pemandangan Istanbul pun sgt2 santekkkk! rasa nak terbang ke sana pun ada gak. Cehh mampu ke? InsyaAllah. Ada rezeki takkan kemana. hihi. Pelakon pon sangat best. And dialog pun sgt spontan. Kelakarrr. Akahakahakah. *Over beno tuhh. haih. Tapi dalam gelak-2 ketawa-2 ada jugak part sedih. Ada rasa nak menangis jugak lah taem tu. Sobsobbsss~
Anyway, I like Lisa Surihani dgn Beto.
Sangat sangat sweet.! hehehehe



Sape yg belum pegi tgok tu pegi la tgok.
tak rugi pun. Rasa2 sape2 yg ada masa lapang takde nak buat ape tu, pegi la tgok ehh. kiki. 
ke nak tunggu kat youtube je nnti download sendiri? hihi.
Suka hati korang laa. hehe
Ape ape pun movie ISTANBUL AKU DATANG! ni memang best!!!!


Arghh comel GILA muke lisa! kihkih :D












Haihh awat gamba lisa je banyak nihh.? hahahaha 
K Lisa memang comel! hihi



*Aku yg dah pegi sekali ni pon rase mcm nak pegi tgok lagi. hahahahaha :D

k wassalam 
^_^

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Thursday 8 November 2012

Exam oh Exam!

final semakin dekat. lagi seminggu jee. haih. nape rase tak ready lagi ni? hmm. insurance + business ethics + human resource + e-commerce, please be nice k mase exam nanti. bagi lah aku soalan yang senang aku jawab nanti. hee~ amin. harap2 laa. yg penting skrg ni just study je. fokus mana yg ko rase tak paham n cuba faham betul2 k.


Cayok Fara cayok fara! I know you can do it.! 
Yeahh! Semangat.! mood nak study, datang lah kau. Esok kau balik kampung jgn nak dok senang lenang k. Balik ge rumah TV, lappy, fon kene mode silent! Pintu rumah sume tutup. takyah kua. makk, kunci moto please nyorokkan. nanti tgn ni kerja nya nak mencapai je kunci tuh. kihkihhh :D
 Tapi.... Sabtu ni ingat nak kuar jap gi BP.. Alaaa nak jumpa bestfriend jap je laa. Nak bg hadiah birthday. hehe. boleh kannn? boleh ajeee! hahahaha :P
Sabtu je k kau kuar. esok nya, esok, esok dan seterusnya kau jangan nak mengada kuar rumah! 
STUDY k STUDY! *marah ni!* kikiki :P


Kpd kawan kawan yg nak exam tu, study la betul2. Fokus k. Jgn laa terlalu leka pd benda2 yg mengkhayalkan nih. hikhik. *Cehh. bg nasihat konon. kau pun same je Farah.! kihkih.
Eh bio lahh. blog aku kan. hahaha.
Anyway, GOOD LUCK k.
All The best guyss!
^_^

Wassalam

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Monday 22 October 2012

Best Moment of DPP !

hai u ollss. hari ni hari senin. hari nii kite duduk rumah je tak gi mana2 sbb hari ni takde kelas!! kelas cancel! yeahhhh!!. woi suke beno pulak ekau yee. kang naik cuti raya nnti berderet kelas ganti. aiyoyoyoyooo! fuhhh biase la tu kann. nak final kann. kompem la kelas ganti nnti berderet-deret. takpe2. kita wat lek wat peace je k. heheheeee :D

ape ape punn, kita update blog ni punn nak story morry la sikit pasal hari sabtu lepas. event sukaneka yg dianjurkan kelas kita iaitu kelas DPP 5. yeahhh. tahniah tahniah sbb kita semua dah menjayakan event ini bersama all student DPP dari sem 1 sampai sem 5 dengan jaya nyaa. yehuuuuuuu! suke2~ hehee :D
best sangat sangat sampai kita tak tau nak start citer dr mana dan taktau nak citer macam mana, soo korang tatap je lahhh gambar2 kitorang yang telah kita paparkan di bawah ini. sure syokk! kikiki :D


















haa dah tengok ? puasss dahh? syok kann? seronok kann? hehehe
Kalau tak seronok memang laa. Sbb korang tgok dari gambar jee. kitorang yg melalui nya seronok habis. hehe. Hope sem depan dapat buat event untuk course DPP lagi. heehee 
^_^

Wassalam~



THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Saturday 13 October 2012

sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik


‎8 sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik...


1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." Fatimah Az-Zahra kemudia menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."


2. Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?!


3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.


4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik. 


5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai 'nilai tambahan' di situ.


6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.


7. Menjadikan diri anda 'mahal'
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.


8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.


Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat.

*Reshare & sekadar berkongsi ilmu ^_^V

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Saturday 8 September 2012

Serius Rindu Gila!


Guys.. Please watch this video :)
heeee ^_^




Haaa dah tgok belum? huhu farah dah tgok daa. Serius bila farah tgok video ni sampai habis teringat segala-gala kenangan masa zaman sekolah dulu. huhuhuhuhhu
Cehhh. yek yek je ko ni farah! haha
YEK rrr.. memang aku tengah rindu gila masa zaman sekolah dulu..
hukhukhuk :(
macam nak putar balik je masa sekolah dulu.
Terlalu banyak kenangan dan memori manis pahit yang telah ku lalui....
Serius rindu gila..!
rindu SM Semerah... Rindu SM Teknik Batu Pahat... Rindu kelas KM1... Rindu hostel... Rindu Flora 4.... Rindu cikgu2.... dan....
Semua yang ada masa kat sekolah tu semua aku rindu....
Huhuhuhuhuu


*zaman sekolah adalah zaman terindah bagi aku :')



Wassalam
^_^V

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

Friday 17 August 2012

Tahniah & Selamat Hari Raya


Fuhh! Finally setel jugak projek Intreprenuership kami DPP 5 iaitu projek Bazaar Ramadhan di Pekan Merlimau selama 2 minggu. Syukur Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Projek yang bermula pada 5hb Ogos 2012 dan berakhir pada hari semalam iaitu pada 15hb Ogos 2012.. Huhu. Ni kali kedua kami berpeluang berniaga dengan bukak gerai sendiri selepas majlis konvokesyen 2011 (semester 2). Thanks a lot to Pn Hamidah, ours PA and Cik Rabiah, our Intreprenuership subject lecturer coz give us chance to improve our skill in business study ^_^
Sememang nya projek ni banyak bagi Fara pengalaman dalam bidang ni. Farra juga belajar mcm mana nak treat customer, mcm mana nak tarik perhatian pelanggan, and so on. Happy sangat.. ^__^V

Okay lahh. Entri ni Farra just nak share gambar2 yang sempat kitorang snap sepanjang projek tu berjalan. Tgok je eh. Please jangan gelak kalau gambo burok. huahua :P


peaceeee ^^ 
*serabai nyaaa muka aku -.-


haaa sapa takpandai buat roti jala angkat tgn.
laa takde yg angkat punn. kompem uollss pandai buat,, huhu


wahh hebat dak Azri ni tarik pelanggan. huhu


Ehh abg Nas nii. posingg je keje. hehe :P
Anyway, thanks a lot sebab byk bantu group kitorang
^_^


Inilah gerai DPP 5 yang tak berapa nak besar tak berapa nak kecik tuu.
^__^


Muka-muka ceria terserlah setelah jualan kami habiss.
Yeahhhhh :D


Alhamdulillah akhir nya selesai jua projek ni.
Penat + takcukup tido + takcukup masa. semua tuu Farra ambil sebagai dugaan dan cabaran kepada kami sepanjang bulan Ramadhan ni. ^^

|
|




|
|




|
|




|
|


Eh awak sume, Ahad ni dah Raya laaaa. Wahhh Seronokkkkkk ^^ pejam celik pejam celik hampir berakhirlah bulan Ramadhan yg berkat ni. Moga tahun depan kita berpeluang lagi berjumpa dengan Ramadhan. Aminnnn, :D




Farra ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
Maaf andai ada salah silap yee.
0-0 okaayy! hee


Wassalam
^_^V



THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

 
Copyright © . All Right Reserved by FarraHalim