farrahalim f a r r a h a l i m: cuba kaji !

Sunday 12 February 2012

cuba kaji !


haloo readers . dah baca title entry tuh ? huhu. Apa yg nak di kaji tuhh  ? cube explain sikit . haa mcm ni . na story laa ni . mula - mula , masa sem lepas laa , aku dengan classmate aku ada pegi lawatan kat satu company ni kat KL . kire pegi syarikat salah seorang usahawan Malaysia yg terkenal laa iaitu  EMKAY GROUP  yg di pengerusi kan oleh pemilik syarikat itu sendiri iaitu Mustapha Kamal . xoxo.;) Pegi situ dapat laa kitorang tahu tentang liku - liku kehidupannya dari kecil smpai laa skrg ni beliau menjadi usahawan Malaysia yg berjaya . hebat - hebat !

Dan masa ronda - ronda kat situ , aku ada terbaca sedikit falsafah beliau yg mengaitkan tentang sikap seseorang itu . Dan teringin pula aku nak share dgn korang - korang sume . Jom kita baca sama - sama (;


  • I KNOW BUT I DON’T CARE -  #Saya Tahu Tapi Saya Tidak Peduli.
Jika seseorang itu seperti ayat diatas bermakna dia adalah seorang yg bijaksana , tapi selalu mementingkan diri sendiri dan mudah terpedaya kerana tamak dan cenderung utk menjadi seorang ketua yg licik , tidak memperdulikan kebajikan ahli - ahlinya  dan sanggup menjual maruah diri untuk mendapatkan kekayaan atau kesenangan. haa , yang jenis ini ke korang2 ? harap - harap jangan la ehh . hehe .

  • I DON’T KNOW AND I DON’T CARE - #Saya Tidak Tahu Dan Saya Tidak Peduli.

Kalau yang ini pulak merupakan jenis sikap yg paling ‘berbahaya’ dan mampu menyebabkan ‘kehancuran’ . Wahhh , serramm nih . hihikk . Selalunya mereka dari golongan ini membuat kerja ala kadar sementara menunggu gajinya setiap bulan , dan tidak menghuraikan tugasan yg dipertangunggjawabkan kepadanya . Ish Ish ~~'

  • I DON’T KNOW BUT I CARE - #Saya Tidak Tahu Tapi Saya Ambil Berat .

Kalau yg ini makna nya seseorang itu mempunyai niat yang baik , tapi seringkali menghadapi kesusahan utk mencapai matlamat kerana kurang keupayaan , seperti tidak mempunyai pengetahuan , kemahiran atau pun tidak berpengalaman . Okayy , yg macam ini okayy la jugak sbb ada niat yg baik BUT no no no . Kene elak kan la jgak yer . Sebab nya , kadang - kadang orang yg berkuasa akan mudah - mudah je menindas kita yg tidak tahu apa - apa ni . So , kalau tak nak jadi mcm tu , kene lah sentiasa ambil tahu tentang pesekitaran kita . Belajar apa yg kita tak tahu . oritee ? chill~ ^_^

  • I KNOW AND I CARE - #Saya Tahu Dan Saya Ambil Berat .

Mempunyai sikap yg sempurna , bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri , mampu berfikiran kreatif , boleh menggayakan kaedah yg inovatif serta bijaksana . Haa~ yg ini memang perfect ! huhu . Korang jenis yg ini ke ? Kalau betul , mmg bagus sangat laa . Tak kan ada seorang pun yg boleh memandang rendah terhadap kita kalau kita sentiasa tahu dan ambil berat . hehehehe~ ^_^




haa~ dah baca ? bnde ni lah yg aku nak korang kaji sekejap . hee . kalau dah baca cuba korang selidik n kaji betul - betul korang jenis yg mcm mana . hehekk . kita muhasabah diri masing - masing la eh . Cuba baiki kelemahan diri kita sendiri . Dan bagi yang rasa diri nya perfect , jangan lah terlalu bangga dengan kelebihan yg korang ada sebalik nya hendak lah kita bersyukur dengan kurniaan - Nya . Okayy ? hee . So , ini je lah yg aku nak share dgan korang - korang sume . Hope apa yg aku kongsikan dapat lah memberi manfaat kepada diri kita masing - masing . hee .

See you next entry guys(^_^) 
wassalam~











THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

0 nasihat:

 
Copyright © . All Right Reserved by FarraHalim