farrahalim f a r r a h a l i m: already finish

Thursday 5 July 2012

already finish




Hai. Salam Nisfu Syaaban. Rasanya belum terlewat lagi nak minta maaf kat korang andai ade terbuat salah silap. maaf yer. Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Maka, banyak kan lah berdoa dan memohon keampunan kepada Allah pada malam penuh barakah ini. Sesungguhnya, malam Nisfu Syaaban adalah Malam Pengampunan, Malam Keberkatan. Ya Robbi :)


Okay okay. Sebenarnya saja je nak update entry hari ni, sebab dah lama sangat tak update. Rase da bersawang sangat dah belog ni. Hahakk. Hari ni 5 Julai 2011 bersamaan dengan hari Khamis. Semestinya, hari ini aku sangat rileksss sehabis mungkin sebab dah tak fikir pasal report LI dan Presentation lagi. Hewhewhew. Seronok wehh. :D Bagi student PMM yg dah habis presentation, mungkin diorang skrg dah bersenang lenang di rumah. Mungkin ada yang dah balik kampung sebab malas nak menetap lama-lama kat Merlimon yang takde pape tu. ahahah. Lagi pun, daftar poli Merlimau 11hb kan, minggu depan. lama lagi kot. So, buat apa nak duduk sana lama-lama. Bazir duit kot. lebih baik balik kampung duduk rumah, makan kat rumah pun free. Hahakkss. ^_^


Kepada student poli selain Politeknik Merlimau yang baru habis LI, korang daftar lambat kan? hehe mesti korang tengah pulun siapkan final report. Buat betul-betul okay. Ikut format penulisan yang ditetapkan oleh poli korang. huhu. kalau yang dah siap tu, baguslah Alhamdulillah. :D huhu. Goodluck untuk korang k. Buat yang terbaik masa presentation nanti k. Hewhew :D 

Wassalam 
^_^v


THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

0 nasihat:

 
Copyright © . All Right Reserved by FarraHalim