farrahalim f a r r a h a l i m: Salam Nuzul Al-Quran

Monday 6 August 2012

Salam Nuzul Al-Quran





Hai kengkawan. Hari ini merupakan hari Isnin bersamaan dengan 17 Ramadhan. Sememang nya, hari ini merupakan hari Nuzul Al-Quran bagi umat yang beragama Islam. Okay. Dibawah ni ada serba sedikit penerangan tentang peristiwa Nuzul Al-Quran. Moh kita baca sama-sama..
^__^V

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



Wassalam 
^_^




THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

0 nasihat:

 
Copyright © . All Right Reserved by FarraHalim