farrahalim f a r r a h a l i m: FESYEN ACUAN ALLAH IBARAT SANG BIDADARI =)

Sunday, 10 June 2012

FESYEN ACUAN ALLAH IBARAT SANG BIDADARI =)


Hai, hari ni rasa nak share satu tajuk ni kat kawan-kawan terutama nya bagi kaum perempuan Muslim. Hehe. Korang baca lah ok. Artikel ni pun copy cat je. hekhek ;p Tapi tak salah kan kalau kita nak share benda baik kat korang semua. *Eh! tunjuk baik pulak kau. haha. Tak kesah la. Fara pun masih jahil bab-bab ilmu agama ni. Tapi kan, bak kata Ustaz Azhar Idrus : Jahat atau baik diri kita, jangan lepaskan peluang berkongsi perkara kebaikan. :) hehe. Kita sama-sama belajar ok. Sharing is caring rite? :) Apa yang Fara share ni pun apa yang sedang berlaku pada dunia sekarang. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada kawan-kawan semua. InsyaAllah :') 

Baca lah :)



"Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?

Mukminat solehah itu LEBIH ANGGUN daripada bidadari syurga

Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah

Fesyen acuan Allah:

1) Pakaian taqwa

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik". 
(Al A'raf: ayat 26).

Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".


Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 

2) Labuhkan tudung bawah dada

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..." 
(An Nur:31)

Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.

Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.

Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.

Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.

3) Tidak nipis dan ketat

Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang DAN ATAS KEPALA MEREKA BERBONGGOL SEPERTI BELAKANG UNTA. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)

Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.

Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.

Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.

Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.

Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.


Stigma bila bertudung

Mungkin ada orang kata,

"Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai hati kita. Tengoklah hari ini, ramai je yang bertudung, tapi perangai buruk. Pakai seksi, tapi perangai baik".

Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan baik sudah tentu taat perintah Allah kan? :)

Formula yang mudah= aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri

Mungkin sesetengah bidadari tak rasa aib dedahkan aurat di dunia, malah mereka kagum dengan kecantikan badan dan rambut mereka. Tapi jangan lupa bidadari, hidup kita bukan di dunia saja, tapi kita akan melalui persidangan di mahkamah mahsyar nanti.

Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah?

Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Percayalah, kasih Allah pada kita lebih daripada kasih sayang mak ayah pada kita. Ibu ayah tak bagi kita keluar sorang diri sebab takut kena ragut. Jadi, Allah tak bagi kita dedah aurat, pasti ada kebaikannya. 

Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:

"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".

Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.

Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)

Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami" :)


 
Wassalam ^___^ ♥ ♥ ♥ 

THANKYOU ! NEED YOU ADVISE :D

2 nasihat:

Pink Lavender said...

moga menjadi muslimah terbaik..

makneng follow kamu
jom follow makneng

farra halim said...

Mudah-mudahan InsyaAllah. Aminnnnnn~ berharap sgt :)

done folo :)

 
Copyright © . All Right Reserved by FarraHalim